SURAU BAITUL MA'MUR merupakan sebuah surau yang terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Sandakan, Sabah. Surau ini merupakan salah sebuah surau pertama yang dibina sejak tertubuhnya sekolah pada tahun 1975.
Mula dibina pada tahun 2023 dan dirasmikan pada 03 Mei 2024 oleh Hajah Munah binti Haji Nasri, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan bersama dua penyumbang utama iaitu Haji Ahmad Zahidi bin Haji Abdullah mewakili Reka Jati (Jariah Care) dan Yayasan Ez Prihatin diwakili oleh Haji Azhar bin Dato' Haji Syukur dengan disaksikan oleh Puan Guru Besar, Asmah binti Kaling.
Surau ini mampu menampung sehingga 130 jemaah pada satu-satu masa. Surau ini telah disumbangkan bersama oleh Reka Jati (Jariah Care), Ez Prihatin, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, YaPIEM dan Masyarakat dermawan telah menelan belanja termasuk peralatan kelengkapan kira-kira RM 200,000.00.
Terima kasih kepada para dermawan yang telah bersama-sama menjayakan pembinaan Surau Baitul Ma'mur. Bagi memastikan surau ini terus berfungsi sebagai pusat ibadah dan aktiviti masyarakat dengan lebih sempurna, kami mempelawa masyarakat untuk menyumbang ke arah penambahbaikan dan kelengkapan tambahan surau ini.
Sumbangan yang diberikan akan membantu dalam penyediaan peralatan serta menyokong aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di surau ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat keberkatan. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian sebagaimana berikut:
UST RUDIMAN HJ SHAHRUN
012-8427382 (Pengerusi)
UST HAKIMI RAZAK
014-9091218 (Setiausaha)
Lebih info mengenai Surau Baitul Makmur: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/suraubaitulmamur/laman-utama?authuser=0